Dari Nurani

Assalamualaikum...

Alhamdulillah berkesampaian juga untuk saya menulis di ruang maya ini untuk berkongsi kisah kehidupan kita sebagai khalifah di dunia yang dipinjamkan sementara oleh-Nya ini.

Apa yang ingin ditulis juga masih bercampur baur di benak fikiran ini. Insyaallah saya akan menulis secara santai berkongsi kisah kehidupan saya sendiri bersama keluarga, nasihat menasihati, pengalaman hidup dan rasa hati sebagai hamba-Nya.

Kenapa Nurani?

Kerana... ruang maya ini akan saya kongsikan bersama-sama isteri tersayang yang juga berhasrat untuk berjinak-jinak dalam dunia penulisan siber. Jadi, kami akan menulis di satu ruang yang sama dan sama-sama akan berkongsi cerita :)

Nama saya bermula dengan Noor. Nama isteri saya juga bermula dengan Nur. Jadi, digabungkan nama kedua-duanya..maka lahirlah Nurani iaitu "muthanna" bagi dua Nur.

Maka, dengan rendah diri, terimalah... dari Nurani... :)

0 comments:

Post a Comment